PENJODOH BILANGAN

 Penjodoh Bilangan

  1. Penjodoh bilangan digunakan bersamasama dengan kata bilangan.
  2. Adakalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
    Contohnya
    setiap murid, seluruh kampung.
  3. Penjodoh bilangan juga tidak digunakan untuk menghitung kata nama abstrak.
    Contohnya
    beberapa cara, segala pendapat.
  4. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, serta ayat contoh.
Penjodoh Bilangan
Contohnya
Ayat Contoh
angkatan
untuk membilang sekumpulan manusia atau benda
Contohnya
polis, tentera, sasterawan, penulis, belia, kapal terbang, jet
o    Seangkatan tentera sedang menjalani latihan kawad.
o    Seangkatan jet TUDM sedang melakukan latihan penerbangan di udara.
batang
untuk benda-benda yang panjang
Contohnya
jalan, galah, lilin, pena, pohon, sungai, tiang, tongkat
o    Di belakang rumah datuk ada sebatang sungai.
o    Beberapa batang jalan ditutup kerana dinaiki air.
bentuk
untuk benda-benda yang berkeluk
Contohnya
cincin, subang, mata kail
o    Jehan membeli sebentuk cincin untuk tunangnya.
o    Abang mengikat sebentuk mata kail pada tali jorannya.
bidang
untuk benda-benda yang luas
Contohnya
sawah, ladang, tikar, permaidani, layar, gebar, kain
o    Haji Muluk mempunyai limabidang sawah padi.
o    Sebidang tikar mengkuang terbentang di beranda rumah.
biji
untuk benda-benda yang kecil
Contohnya
telur, bola, guli, cawan, ketupat, terung, cili
o    Emak membeli limabiji mangga di pasar tani.
o    Adik telah memecahkan sebiji cawan.
bilah
untuk benda-benda yang tajam dan runcing
Contohnya
parang, pisau, kapak, keris, tombak, jarum
o    Guru silat itu sedang mengasapkan sebilahkeris.
o    Emak memasukkan benang ke dalam sebilah jarum.
buah
untuk benda-benda besar dan padu, tidak tentu bentuk dan jenisnya
Contohnya
bandar, desa, jam, rumah, radio, lampu
o    Ayah membelikan sebuah jam loceng untuk adik.
o    Sahabat pena saya tinggal di sebuah bandar besar di Jepun.
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
Contohnya
batu, beras, manik, permata, peluru, telur
o    Polis menemukan sebutir peluru di tempat itu.
o    Emak mengutip sepuluh butir telur ayam dari reban.
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
Contohnya
kain, kertas
o    Andika membalut luka di betisnya dengan secarik kain.
o    Joseph menulis alamat itu di atas secebis kertas.
cubit
untuk benda-benda yang diambil sedikit dengan jari
Contohnya
garam, gula, kunyit, kuih
o    Emak menambahkan secubit garam ke dalam masakan.
o    Adik merasa secubit kuih yang baru masak itu.
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
Contohnya
bebola ikan, sate, buah-buahan, hirisan daging
o    Adik kekenyangan setelah makan sepuluh cucuk sate.
o    Azman membeli dua cucuk daging bakar di pasar malam.
das
untuk bunyi letupan atau tembakan pistol, senapang, dan meriam
o    Sedas tembakan dilepaskan ke arah penjahat itu.
o    Tujuh das tembakan meriam dilepaskan sempena istiadat pertabalan raja itu.
ekor
untuk semua jenis binatang
Contohnya
arnab, buaya, gajah, kucing, ikan, cengkerik, nyamuk
o    Adik memelihara dua ekor arnab.
o    Emak membeli limaekor ikan kembung di pasar.
gerombolan
untuk kumpulan orang (orang jahat)
Contohnya
pengganas, penjahat, perompak, perusuh, samseng
o    Pihak polis telah menahan segerombolan perusuh dalam perhimpunan itu.
o    Segerombolan pengganas ditembak oleh pasukan tentera.
gugus
untuk buah yang bertangkai dan benda-benda yang berkelompok
Contohnya
anggur, langsat, kelapa sawit, pulau, kunci
o    Zali menemukan segugus kunci semasa bermain di padang itu.
o    Segugus pulau mengelilingi Pulau Langkawi.
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
Contohnya
dawai, filem, kertas, tikar, permaidani, tali
o    Jurukamera itu memasukkan segulung filem ke dalam kameranya.
o    Emak menyandarkan dua gulung tikar di belakang pintu bilik.
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
Contohnya
kain, tuala, baju, kertas, rambut, rumput, daun
o    Emak mengambil sehelai tuala dari dalam almari.
o    Beberapa helai kertas melayang ditiup angin.
ikat
untuk benda-benda yang diikat
Contohnya
kayu, papan, lidi, sayur, daun sirih
o    Nenek membeli seikat daun sirih daripada Pak Jais.
o    Ayah mengambil dua ikat kayu api dari bangsal.
iris
untuk benda-benda yang dipotong nipis-nipis dan kecil-kecil
Contohnya
bawang, daging, tomato, buah-buahan
o    Aina makan tiga iris tembikai sebagai pencuci mulut.
o    Puan Jamilah meletakkan beberapa iris tomato di atas masakannya.
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai
Contohnya
bunga, kunci
o    Kakak menerima sejambak bunga daripada tunangnya.
o    Ayah meletakkan sejambak kunci di atas meja.
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
Contohnya
bunga, cendawan, payung
o    Ayah membeli sekaki payung di kedai itu.
o    Puan Mariam memasukkan beberapa kaki cendawan ke dalam sup sayur itu.
kerat
untuk bahagian daripada benda-benda yang dipotong
Contohnya
kayu, rotan, tebu
o    Helmi makan empat kerat tebu.
o    Datuk sedang membakar beberapa kerat ranting kayu yang patah semalam.
ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
Contohnya
ais, daging, roti, kuih, sabun, tulang, arang, batu
o    Amira memasukkan beberapa ketul ais ke dalam gelas.
o    Beberapa ketul daging dimasukkan ke dalam sup itu.
laras
untuk senjata api
Contohnya
senapang, pistol, meriam
o    Terdapat dua laras meriam di Bukit Melawati.
o    Polis menemukan selaras pistol di rumah tinggal itu.
lembar
untuk benda-benda yang panjang dan luas bidangnya
Contohnya
benang, dawai, kertas, tali, rambut
o    Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
o    Kakak memerlukan selembar kertas untuk membalut hadiah yang besar itu.
naskhah
untuk menghitung bahan bacaan
Contohnya
buku, majalah, risalah, surat khabar
o    Pelancong itu mengambil senaskhah risalah dari pusat pelancongan itu.
o    Mei Hua membeli dua naskhah buku resipi.
papan
untuk benda-benda yang berkeping
Contohnya
coklat, mercun, petai
o    Puan Aminah membeli tiga papan petai di pasar tani.
o    Kwan Meng membakar tiga papan mercun semasa perayaan Tahun Baru Cina.
patah
untuk kata
o    Adik kecil saya sudah pandai menyebut beberapa patah perkataan.
o    "Dipersilakan Datuk Arif untuk menyampaikan sepatah dua kata," kata pengerusi majlis.
persalinan
untuk pakaian yang lengkap
o    Sultan menganugerahkan sepersalinan pakaian baru kepada panglima itu.
o    Pasangan pengantin itu menggayakan beberapa persalinan pakaian tradisional.
petak
untuk ruang yang bersekatsekat, luas, dan rata
Contohnya
tanah, sawah
o    Haji Sameon mengupah orang untuk mengerjakan kelima-lima petak sawahnya itu.
o    Beberapa buah rumah dibina di atas beberapa petak tanah itu.
pintu
untuk rumah dan kedai
Contohnya
rumah, kedai, berek
o    Haji Zaini mempunyai enam pintu rumah sewa.
o    Ayah saya ada menyewakan dua pintu rumah kedainya kepada orang lain.
potong
untuk benda-benda yang dipotong
Contohnya
daging, kuih, roti
o    Saya makan dua potong kuih lapis di rumah Salina tadi.
o    Sufian mengambil beberapa potong daging masak merah sebagai lauknya.
pucuk
untuk senjata api dan benda-benda yang halus dan nipis
Contohnya
pistol, senapang, meriam, surat, jarum, rebung
o    Emak gembira apabila menerima sepucuksurat dari kakak.
o    Nenek membeli dua pucuk rebung di pasar tani.
puntung
untuk benda-benda yang berlebih daripada yang dibakar
Contohnya
kayu, rokok, colok, mancis
o    Beberapa puntung mancis bertaburan di atas lantai.
o    Nenek menjirus air ke atas beberapa puntung kayu yang masih berasap.
rangkap
untuk puisi
Contohnya
pantun, sajak, syair
o    Nenek melagukan serangkap syair kepada kami.
o    Beliau memulakan ucapan dengan serangkap pantun.
rawan
untuk benda-benda yang labuh dan bersirat
Contohnya
jala, jaring, pukat
o    Datuk menjahit serawan pukat yang koyak di bangsal.
o    Pak Long membawa serawan jala ke sungai.
ruas
untuk benda-benda yangberuas
Contohnya
buluh, tebu, rotan
o    Abang makan dua ruas tebu.
o    Ayah memotong seruas buluh untuk membuat tabung adik.
sikat/sisir
untuk pisang
o    Berapakah harga sesikat pisang emas ini?
o    Laili membeli dua sisir pisang.
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
Contohnya
kelapa, kelapa sawit, pinang, pisang
o    Setandan kelapa tua luruh setelah ditiup angin kuat.
o    Beberapa tandan pisang telah masak di kebun.
tongkol
untuk tumbuhan yang buahnya bertongkol
Contohnya
jagung
o    Abang makan dua tongkol jagung rebus.
o    Ayah memetik beberapa tongkol jagung dari kebun.
ulas
untuk isi buah-buahan
Contohnya
cempedak, durian, limau, nangka, langsat
o    Mak Jah memberi jirannya sepuluh ulas nangka.
o    Alin makan tiga ulas durian.
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
Contohnya
benang, rotan, rambut, dawai
o    Corak itu ditekat dengan beberapa urat benang emas.
o    Ravind menemukan seurat rambut dalam mi goreng itu.
utas
untuk benda-benda yang panjang dan berangkaian
Contohnya
dawai, rantai, tali
o    Encik Gopal mengikat pancang kayu itu dengan seutas tali.
o    Anuar terjumpa seutas rantai emas di padang sekolah.

Komen Munsyi Bahasa
87.  Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan tak tentu kecuali beberapa.
Contohnya
a.     Semua orang penduduk terlibat dalam gotong-royong itu. ()
Semua penduduk terlibat dalam gotong-royong itu. (
)
b.    Ada beberapa kuih lagi yang tinggal di bawah tudung saji. ()
Ada beberapa keping kuih lagi yang tinggal di bawah tudung saji. (
)
88.  Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Contohnya
Dia tiba-tiba
89.  teringat akan sebuah kenangan lama. ()
Dia tiba-tiba teringat akan suatu kenangan lam
90.  a. ()
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan