Soalan pepatah Set 1.
Latihan berformat
KBSR
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Ban Seng memang
panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A jerata tidak lupa
akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B baik membawa
resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan
begitulah kuihnya
D kalah jadi abu
menang jadi arang
2 Izwan telah
menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah
syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah
berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di
langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan
pagi kais petang makan petang
D carik-carik b ulu
ayam akhirnya bercantum juga
3 Walapun wanita
Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal
belacan.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana buni
dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
4 Kami bersusah
payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang
apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi
kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu,
sapi dapat nama
C rambut sama
hitam, hati lain-lain
D ringan tulang
berat perut
5 Banyak anak dan
duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang
tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi
kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti
semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh,
ke tepi pun boleh
6 Sarimah menulis
novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar
tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain
C untung sabut
timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama
tinggi, duduk sama rendah
7 Gunalan tiba-tiba
berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan
jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili,
dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama
hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah
sekali pantai berubah
8 Penat lelah Mak
Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah berjawatan
tinggi.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang
pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi
berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan
begitulah kuihnya
9 Puan Rosma
menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai pertolongan kami.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi
kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu
sapi dapat nama
C pahit dahulu
manis kemudian
D ringan tulang
berat perut
10 Saya tidak
melakukan perbuatan itu. Siasat dahulu siapa yang lakukan. Jangan menuduh orang
sembarangan.
Pepatah yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A setinggi-tinggi
terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
B orang lain yang
makan nangka, orang lain yang kena getah
C kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa
AD naik seperti
semut, turun seperti ribut
11 Banyakkan
bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat balasan daripada
perbuatannya itu.
A ada hujan ada
panas, ada hari boleh balas
B air dicincang
tidak akan putus
C ada udang di
sebalik batu
D ada rupa ada
harga
12 Usah
terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______Jangan biarkan orang yang
kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.
A buang yang keruh
ambil yang jernih
B biar putih tulang
jangan putih mata
C biar lambat asal
selamat
D direndam tidak
basah
13 Lupakan sahaja
perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah kita bermaaf-maafan,
bak kata bidalan__________________________.
A buang yang keruh
ambil yang jernih
B diberi betis
hendak paha
C biar lambat asal
selamat
D diam-diam lepu
14 Pekerja di
pejabat itu bersikap _______________ apabila majikan tiada.
A cacing hendak
menjadi busut
B cukit sudah
menjadi naga
C diberi betis
hendak paha
D cencaru makan
petang
15 Kamu hendaklah
bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula ____________.
A hangat-hangat
tahi ayam
B diberi betis
hendak paha
C biar lambat asal selamat
D bertanam tebu di
bibir
16 Perbalahan
antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan kakitangan
terabai. Begitulah jika __________________________.
A gajah dengan
gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B genggam bara api
biar sampai jadi arang
C duduk sama rendah
berdiri sama tinggi
D gajah mati kerana
gadingnya
17 Penduduk kampung
Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi mereka ___________________
A berani kerana
benar, takut kerana salah
B berat sama
dipikul ringan sama dijinjing
C nasi sudh menjadi
bubur
D musang berbulu
ayam
18 Pada kami,
________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan penjajah.
A buang yang keruh
ambil yang jernih
B biar putih tulang
jangan putih mata
C biar lambat asal
selamat
D diberi betis
hendak paha
19 Kasim membeli
alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual yang cantik itu.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A carik-carik bulu
ayam, lama-lama bercantum jua
B di mana semut mati
jika tidak di dalam gula
C cacing hendak
menjadi naga
D ada udang di
sebalik batu
20 Walaupun tidak
menerima pendidikan tinggi, namun pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang
ilmu tidak dapat disangkal lagi, bak pepatah ________________
A hendak seribu
daya tak hendak seibu dalih
B duduk sama rendah
berdiri sama tinggi
C biar putih tulang
jangan putih mata
D jauh berjalan
luas pemandangan
21 Biarlah kita
suah senang bersama-sama, apa yang ada kita kongsi bersama-sama, seperti kata
pepatah _________________________
A harimau mati
meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama
B hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah
C di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung
D ayam tak patuk
itik tak sudu
22 Carol sudah pun
menempuh peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya belum lagi bermula.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A burung terbang
dipipiskan lada
B diam penggali
berkarat
C bertanam tebu di
bibir
D alah bisa tegal
biasa
23 Pemanjat
bangunan profesional itu sering memanjat bangunan tanpa memakai tali
keselamatan, tetapi hari ini dia tergelincir lalu jatuh.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A gajah mati kerana
gadingnya
B hari tidak
selalunya panas
C lembut gigi
daripada lidah
D hati hendak semua
jadi
24 Ke mana-mana
sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih
yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
B malas menggerit,
perut perit
C hari tidak
selamanya panas
D indah khabar
daripada rupa
25 Encik Jamal
terlalu memanjakan anak-anaknya sejak kecil. Akhirnya, apabila dewasa mereka
tidak mahu mendengar nasihatnya lagi.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A melentur buluh
biarlah dari rebungnya
B tanam lalang tak
akan timbuh padi
C sudah terhantuk
baru terngadah
D ukur baju di
badan sendiri
26 Hati-hati semasa
berkawan dengan wanti itu yang kelihatan baik tetapi sebenarnya jahat.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A terapung tak
hangyut, terendam tak basah
B telunjuk lurus
kelengkeng berkait
C sediakan payung
sebelum hujan
D patah kemudi
perahu hanyut
27 Ng Geat terpaksa
menahan sabar apabila komuter ribanya dicuri dan kini telefon bimbitnya pula
hilang.
Bidalan yang sesuai
untuk pernyataan di atas ialah
A patah kemudi
perahu hanyut
B sambil menyelam
minum air
C segan bertanya
sesat jalan
D sudah jatuh
ditimpa tangga
28 Cita-citanya
untuk melancong ke luar negara tercapai apabila dia memenangi pakej melancong
ke Australia.
A sebab nila
setitik rosak susu sebelanga
B orang mengantuk
disorongakan bantal
C tanam lalang tak
akan tumbuh padi
D sarang tebuan
jangan dijolok
29 “Tindakan lelaki
itu berbaik-baik dengan Zura pasti _______________________,” kata Munirah
kepada Adawiyah.
A alah sabung
menang sorak
B antan patah
lesung hilang
C ada udang di
sebalik batu
D alah bisa tegal
biasa
30 Kamu mesti
berhati-hati semasa bekawan dengan Abu yang nampak baik dan pendiam itu.
_______________kerana dia sahaja keluar dari penjara.
A air tenang jangan
disangka tiada buaya
B ayam terlepas
tangan bau tahi
C air digenggam
tidak akan tiris
D ayam tak patuk
itik tak sudu
31 Belajarlah
bersungguh-sungguh dan capailah cita-cita kamu menjadi seorang peguam yang
berjaya. Jangan patah semangat untuk terus berusaha kerana ____________________
A alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B ada hujan ada
panas ada hari boleh balas
C air tenang jangan
disangka tiada buaya
D alah sabung
menang sorak
32 Tahun ini
merupakan tahun yang malang dalam kehidupan Ameera. Setelah kematian ibunya,
bapanya pula ditimpa kemalangan. Hidupnya ibarat_________________
A alah sabung
menang sorak
B antah patah
lesung hilang
C ada gula ada
semut
D ada rupa ada harga
33 Walaupun
hubungan aku dengan abang aku tidak baik, tetapi apabila dia dihina aku berasa
sangat marah kerana __________________
A berat sama
dipikul ringan sama dijinjing
B cubit paha kanan,
paha kiri terasa juga
C air dipancung
tidak akan putus
D diberi betis
hendak paha
34 Setiap bulan
Johari menyimpan wangnya di dalam bank. Kini wang simpanannya berjumlah RM 10
000, seperti kata bidalan _____________________
A berat sama
dipikul ringan sama dijinjing
B sikit-sikit
lama-lama jadi bukit
C baling-baling di
atas bukit
D bertanam tebu di
bibir
35 “ Simpan sedikit
daripada gaji bulanan kamu, Zam. Jangan boros, _____________,” nasihat Jamilah
kepada adiknya, Zamri.
A hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih
B ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis
C kecil tapak
tangan nyiru ditadahkan
D hidup dua muara
36 Jamal sering
menjadikan Pak Jali sebagai pakar rujuk tentang selok-belok dunia perniagaan.
A menepuk air di
dulang terpecik ke muka sendiri
B hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih
C ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis
D jauhari jua yang
mengenal manikam
37 Budaya kerja
orang Jepun dan Malaysia tidak sama kerana ______________
A kalau tiada rotan
akar pun berguna
B ada udang di
sebalik batu
C lain lubuk lain
ikannya
D kera kena belacan
38 Sebenarnya Bala
yang menyembunyikan beg manisah, tetapi Nana pula yang dimarahi oleh guru
kelas. Inilah yang dikatakan ________________
A lain orang makan
nangka, lain orang kena getah
B air tenang jangan
disangka tiada buaya
C menahan jerat di
pergentingan
D malu bertanya
sesat jalan
39 Tidak perlu kamu
menyesali perbuatan yang telah lalu kerana ___________
A sambil menyelam
minum air
B nasi sudah
menjadi bubur
C lain di mulut
lain di hati
D musang berbulu
ayam
40 Walaupun Ming
dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka _____________________
A seperti air
dicincang tidak akan putus
B seperti kacang
lupakan kulit
C seperti batu
jatuh ke lubuk
D seperti ular kena
palu
Jawapan
1C
2B
3C
4B
5A
6B
7A
8A
9A
10B
11A
12C
13A
14A
15B
16A
17B
18B
19B
20D
21B
22A
23B
24A
25A
26B
27D
28B
29C
30A
31A
32B
33B
34B
35B
36D
37C
38A
39B
40A
1 Tujuan John
membelanja Benjamin makan malam mesti ______
A ada udang di sebalik batu
B sambil menyelam minum air
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D baik berjagung dahulu sementara menunggu padi masak
2 Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata
perpatah, _________
A alah bisa tegal biasa
B hidup segan mati tak mahu
C biar putih tulang, jangan putih mati
D melentur buluh biarlah dari rebungnya
3 Penjahat yang telah merompak bank itu telah ditangkap oleh
polis. Bak kata pepatah, __________
A berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C berakit-akit ke hulu, berenang – renang ke tepian
D buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali-kali
4 Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Seng Kai
sekeluarga kerana kehidupan mereka ibarat _________.
A masuk telinga kanan, keluar telingan kiri
B berani kerana benar, takut kerana salah
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
5 Kota raya Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang ____
bagi pendatang asing.
A ada rupa ada harga
B ada gula ada semut
C indah khabar daripada rupa
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya
6 Pelancong-pelancong dari luar negara berasa hampa kerana
pulau peranginan itu _______
A ada pasang ada surut
B menanam tebu di tepi bibir
C indah khabar daripada rupa
D harapkan pagar, pagar makan padi
7 Walaupun hanya seminggu berada di rantau orang , namun
demikian Zaman merasakan___________
A berdiri sama tinggi , duduk sama rendah
B di mana bumi dipijak, di sini langit dijunjung
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau
menguak
8 “Jun Qi, lebih baik kamu siapkan kerja sekolah ini sebelum
bermain. Bak kata pepatah, _________, “ kata Zen Yu.
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B hidup dikandang adat, mati dikandung tanah
C berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke depan
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau
menguak
9 Jangan terlalu percaya kepada Yu Wen yang dikatakan
_______ itu.
A musang berbulu ayam
B rosak badan kerana mulut
C ada udang di sebalik batu
D belakang parang kalau diasah akan tajam juga
10 Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan pemain badminton yang hebat. Mereka
dikatakan ____________
A berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
B kalah menjadi abu, menang menjadi arang
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D buat baik berpada-pada, baut jahat jangan sekali
11 Bapa selalu mengajar kami berfikir dahulu sebelum membuat
keputusan supaya tidak menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah ____________
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B rambut sama hitam, tetapi hati masing-masing
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah
juga.
12 Sudah terlambat untuk mengubah keputusan yang dibuat
kerana _________
A ada pasang ada surut
B nasi sudah menjadi bubur
C rumah sudah siap pahat berbunyi
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan
13 Peniaga yang _______ pandai mengambil hati pelanggannya.
A ada rupa ada harga
B alah bisa tegal biasa
C bertanam tebu di tepi bibir
D biar putih tulang, jangan putih mata
14 Jangan memandang rendah kepada Roy kerana ___________
A jauh panggang dari api
B nasi sudah jadi bubur
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya
15 Pengurus syarikat itu terlalu percaya kepada pembantu
peribadinya sehingga menyusahkan diri sendiri. Dia berasa kecewa kerana
____________
A rosak badan kerana mulut
B hidup segan mati tidak mahu
C harapkan pagar, pagar makan padi
D ada ubi ada batas, ada budi ada balas
16 Trisha yang dahulunya otak udang akhirnya berjaya kerana
rajin berusaha. Bak kata pepatah _____________
A ada gula ada semut
B melentur buluh biarlah dari rebungnya
C air yang tenang jangan disangka tiada buaya
D belakng parang kalau diasah akan tajam juga
17 Prestasi syarikat Wen Hon seperti ____________kerana
mengalami naik turun sejak kebelakangan ini.
A ada rupa ada harga
B alah bisa tegal biasa
C ada pasang ada surut
D ada udang di sebalik batu
18 Cikgu Mei memaafkan budak yang melakukan kesalahan itu
kerana baginya __________
A ada udang di sebalik batu
B indah khabar daripada rupa
C harapkan pagar, pagar makan padi
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Jawapan
1A
2D
3D
4D
5B
6C
7D
8C
9A
10A
11C
12B
13C
14D
15C
16D
17C
18D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan