Semantik

    
1.1 Definisi Semantik
                        Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan  mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
                        Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
                        Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
                        Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain
Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.
1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).


1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.

1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.

2.      Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.1 Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

2.2  Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

2..3  Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

  1. Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.

3.1  Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

3.2  Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.





3.3  Makna Tersirat  (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai jering
Panjang tangan.
Mulut tempayan.

3.3.2 Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu Nawas.
Kaki Kaki bangku bangku.
Kaki ayam.

3.3.3 Perbilangan
Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai  pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,  bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.

            Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

3.3.4 Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya  menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.
Contoh:
 Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.

3.3.5  Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.


Contoh bidalan:
.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
 diam ubi berisi, diam besi berkarat 
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
3.3.7 Tamsil dan Ibarat
Memberikan penjelasan tentang perkara yang  hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.
Contoh:
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
3.3.8 Lidah Pendeta
Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang  mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.
Contoh:
Bertangguh itu pencuri masa.
Bersatu teguh, bercerai runtuh.
3.3.9  Pemeo
            Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai  contoh:
                                 Lebih baik mati daripada dijajah
Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.

3.3.10  Cogan Kata atau Motto
Cogan kata atau motto ialah kata semboyan  atau sesuatu organisasi  samada kerajaan atau swasta. Contohnya:
   Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cogan kata ini merupakan semboyan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kata Sendi

 Kata Sendi

  1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa yang lain.
  2. Kata sendi letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.
  3. Kata sendi yang berbeza mempunyai tugas yang berbeza.
  4. Yang berikut ialah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi
Contohnya
Ayat Contoh
akan/
kepada/
terhadap
selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan dan sikap
o    Saya cinta akan negara.
o    Kita harus hormat kepada ibu bapa.
o    Kita perlu mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
o    Hadiah itu dibelikan untuk anaknya.
o    Kutipan derma itu diadakan bagi membantu mangsamangsa kebakaran.
dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
o    Kami baru pulang dari bercuti di Pulau Pangkor.
o    Persembahan tarian itu akan bermula dari pukul sepuluh pagi.
daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
o    Hadiah ini pemberian daripada kawan baik saya.
o    Baju biru ini lebih cantik daripada baju merah itu.
o    Kuih bingka ini dibuat daripada ubi kayu.
o    Pasukan bola jaring itu terdiri daripada tujuh orang pemain.
di
untuk tempat
o    Didepan rumah saya ada sebaris kedai.
o    Zakir bekerja di sebuah syarikat penerbitan.
dengan
untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
o    Ramesh ke pekan dengan abangnya.
o    Maria tidak sependapat dengan kakaknya.
o    Adik menerima hadiah itu dengan gembiranya.
o    Ewe Meng menulis surat itu dengan komputer.
hingga/sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
o    Program membaca bermula hari ini dan akan berterusan hingga akhir bulan nanti.
o    Saya akan menemani awak sampai di selekoh itu saja.
o    Dia bersekolah sampai darjah enam saja.
ke
untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa
o    Emak ke pasar dengan ayah.
o    Songket masih kekal ke hari ini.
o    Gelas itu terjatuh ke lantai.
kepada
untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
o    Emak memberikan sepinggan kuih kepada jiran di sebelah rumah.
o    Kalai menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada majikannya.
o    Dia berabang kepada saya.
oleh
untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter
o    Baju kurung saya ini dijahit oleh kakak.
o    Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh abang.
pada
untuk menunjukkan masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
o    Bas itu akan tiba pada pukul empat petang.
o    Abang berpaut pada dahan semasa memetik buah manggis itu.
o    Kamus itu ada pada Mastura.
o    Pada pendapat saya, tindakan itu memang wajar.
o    Adik melukis gambar kapal pada kertas itu.
sebagai
untuk menyatakan makna menjadi atau selaku, seakan-akan atau seumpama
o    Budriz dilantik sebagai ketua kelas.
o    Sebagai seorang anak, kita haruslah menghormati ibu bapa kita.
o    Pendiriannya tidak tetap sebagai lalang ditiup angin.
sejak
untuk menyatakan makna bermula dari suatu jangka masa
o    Sejak tadi lagi lelaki itu asyik memandang ke arah saya.
o    Nenek tidak lalu makan sejak jatuh sakit.
seperti/ umpama/
bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
o    "Buatlah kerja itu seperti yang disuruh emak," kata Suzy kepada adiknya.
o    Suasana dalam kelas itu bising umpama keadaan di pasar ikan.
o    Puteri raja itu cantik bak bidadari.
tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
o    Novel itu berkisar tentang kehidupan remaja.
o    Ucapan wakil rakyat itu tentang perpaduan rakyat.


Komen Munsyi Bahasa
44.  Kata sendi mesti diletakkan selepas kata adjektif dan kata kerja tak transitif.
Contohny
45.   
a.     Saya sangat sayang ibu bapa saya. ()
b.    Saya sangat sayang akan ibu bapa saya. ()
c.     Tisya bertemu Ariana di pasar raya tadi. ()
d.    Tisya bertemu dengan Ariana di pasar raya tadi. ()
46.  Kata oleh tidak boleh diikuti dengan kata kerana. Hal ini demikian kerana kata oleh mestilah diikuti dengan kata nama atau frasa nama, sedangkan kata kerana ialah kata hubung. Bentuk yang betul ialah olehsebab.
Contohnya
Olehkerana hari hujan, kami tidak dapat bermain bola di padang. (
)
Olehsebab hari hujan, kami tidak dapat bermain bola di padang. (
)
47.  Elakkan penggunaan kata sendi seperti dalam ruangan "Salah".
Salah
Betul
§  Pelancong-pelancong itu daripada Korea.
§  Pelancong-pelancong itu dari Korea.
§  Hadiah itu dari kakak.
§  Hadiah itu daripada kakak.
§  Terendak itu dibuat dari daun mengkuang.
§  Terendak itu dibuat daripada daun mengkuang.
§  Di waktu petang, saya suka berjoging.
§  Pada waktu petang, saya suka berjoging.
§  Pen kamu ada dengan Fuzi.
§  Pen kamu ada pada Fuzi.
§  Gelas kaca itu jatuh terhempas di lantai.
§  Gelas kaca itu jatuh terhempas ke lantai.
§  Buku itu sudah saya pulangkan ke pustakawan.
§  Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan.
§  Puan Maria tertarik dengan kehalusan songket itu.
§  Puan Maria tertarik oleh kehalusan songket itu.
§  Terima kasih di atas bantuan kamu.
§  Terima kasih atas bantuan kamu.
§  Kejadian itu meninggalkan kenangan pahit ke atas dirinya.
§  Kejadian itu meninggalkan kenangan pahit kepada dirinya.