Kata Sendi

 Kata Sendi

  1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa yang lain.
  2. Kata sendi letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.
  3. Kata sendi yang berbeza mempunyai tugas yang berbeza.
  4. Yang berikut ialah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi
Contohnya
Ayat Contoh
akan/
kepada/
terhadap
selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan dan sikap
o    Saya cinta akan negara.
o    Kita harus hormat kepada ibu bapa.
o    Kita perlu mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
o    Hadiah itu dibelikan untuk anaknya.
o    Kutipan derma itu diadakan bagi membantu mangsamangsa kebakaran.
dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
o    Kami baru pulang dari bercuti di Pulau Pangkor.
o    Persembahan tarian itu akan bermula dari pukul sepuluh pagi.
daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
o    Hadiah ini pemberian daripada kawan baik saya.
o    Baju biru ini lebih cantik daripada baju merah itu.
o    Kuih bingka ini dibuat daripada ubi kayu.
o    Pasukan bola jaring itu terdiri daripada tujuh orang pemain.
di
untuk tempat
o    Didepan rumah saya ada sebaris kedai.
o    Zakir bekerja di sebuah syarikat penerbitan.
dengan
untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
o    Ramesh ke pekan dengan abangnya.
o    Maria tidak sependapat dengan kakaknya.
o    Adik menerima hadiah itu dengan gembiranya.
o    Ewe Meng menulis surat itu dengan komputer.
hingga/sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
o    Program membaca bermula hari ini dan akan berterusan hingga akhir bulan nanti.
o    Saya akan menemani awak sampai di selekoh itu saja.
o    Dia bersekolah sampai darjah enam saja.
ke
untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa
o    Emak ke pasar dengan ayah.
o    Songket masih kekal ke hari ini.
o    Gelas itu terjatuh ke lantai.
kepada
untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
o    Emak memberikan sepinggan kuih kepada jiran di sebelah rumah.
o    Kalai menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada majikannya.
o    Dia berabang kepada saya.
oleh
untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter
o    Baju kurung saya ini dijahit oleh kakak.
o    Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh abang.
pada
untuk menunjukkan masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
o    Bas itu akan tiba pada pukul empat petang.
o    Abang berpaut pada dahan semasa memetik buah manggis itu.
o    Kamus itu ada pada Mastura.
o    Pada pendapat saya, tindakan itu memang wajar.
o    Adik melukis gambar kapal pada kertas itu.
sebagai
untuk menyatakan makna menjadi atau selaku, seakan-akan atau seumpama
o    Budriz dilantik sebagai ketua kelas.
o    Sebagai seorang anak, kita haruslah menghormati ibu bapa kita.
o    Pendiriannya tidak tetap sebagai lalang ditiup angin.
sejak
untuk menyatakan makna bermula dari suatu jangka masa
o    Sejak tadi lagi lelaki itu asyik memandang ke arah saya.
o    Nenek tidak lalu makan sejak jatuh sakit.
seperti/ umpama/
bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
o    "Buatlah kerja itu seperti yang disuruh emak," kata Suzy kepada adiknya.
o    Suasana dalam kelas itu bising umpama keadaan di pasar ikan.
o    Puteri raja itu cantik bak bidadari.
tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
o    Novel itu berkisar tentang kehidupan remaja.
o    Ucapan wakil rakyat itu tentang perpaduan rakyat.


Komen Munsyi Bahasa
44.  Kata sendi mesti diletakkan selepas kata adjektif dan kata kerja tak transitif.
Contohny
45.   
a.     Saya sangat sayang ibu bapa saya. ()
b.    Saya sangat sayang akan ibu bapa saya. ()
c.     Tisya bertemu Ariana di pasar raya tadi. ()
d.    Tisya bertemu dengan Ariana di pasar raya tadi. ()
46.  Kata oleh tidak boleh diikuti dengan kata kerana. Hal ini demikian kerana kata oleh mestilah diikuti dengan kata nama atau frasa nama, sedangkan kata kerana ialah kata hubung. Bentuk yang betul ialah olehsebab.
Contohnya
Olehkerana hari hujan, kami tidak dapat bermain bola di padang. (
)
Olehsebab hari hujan, kami tidak dapat bermain bola di padang. (
)
47.  Elakkan penggunaan kata sendi seperti dalam ruangan "Salah".
Salah
Betul
§  Pelancong-pelancong itu daripada Korea.
§  Pelancong-pelancong itu dari Korea.
§  Hadiah itu dari kakak.
§  Hadiah itu daripada kakak.
§  Terendak itu dibuat dari daun mengkuang.
§  Terendak itu dibuat daripada daun mengkuang.
§  Di waktu petang, saya suka berjoging.
§  Pada waktu petang, saya suka berjoging.
§  Pen kamu ada dengan Fuzi.
§  Pen kamu ada pada Fuzi.
§  Gelas kaca itu jatuh terhempas di lantai.
§  Gelas kaca itu jatuh terhempas ke lantai.
§  Buku itu sudah saya pulangkan ke pustakawan.
§  Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan.
§  Puan Maria tertarik dengan kehalusan songket itu.
§  Puan Maria tertarik oleh kehalusan songket itu.
§  Terima kasih di atas bantuan kamu.
§  Terima kasih atas bantuan kamu.
§  Kejadian itu meninggalkan kenangan pahit ke atas dirinya.
§  Kejadian itu meninggalkan kenangan pahit kepada dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan