Kata Nama

Kata Nama Am
  1. Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut:
    1. nama benda yang bernyawa;
    2. nama benda yang tidak bernyawa.
  2. Benda yang bernyawa ialah manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan.
Manusia
Binatang
Tumbuh-tumbuhan
emak
ikan
cendawan
bayi
burung
lalang
pekedai
kuda
orkid
polis
lembu
rambutan
  1.  
  2. Benda yang tidak bernyawa ialah benda dan tempat.
Benda
Binatang
pinggan
hospital
tanah
kampung
televisyen
mahkamah
  1.  
  2. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
    1. konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang, atau dapat dirasakan adanya;
    2. abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
  3. Kata nama am yang konkrit boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan.
    Contohnya
Kata Asal
Kata Terbitan
anyam
anyaman
belia
beliawan
kubur
perkuburan
menteri
kementerian
  1.  
  2. Kata nama am yang abstrak pun boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan.
Kata Asal
Kata Terbitan
baik
kebaikan
damai
perdamaian
tahu
pengetahuan



  1. Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal kata itu.


Kata Nama Arah
  1. Kata nama arah digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu.
  2. Kata nama arah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi seperti dari, di, ke, dan sebagainya.
  3. Contoh kata nama arah seperti dalam jadual yang berikut:
Contoh
Ayat Contoh
antara, atas, barat, bawah,
belakang, dalam, hadapan,
hujung, kanan, kiri, luar, penjuru,
samping, selatan, sisi, sudut,
tengah, tepi, timur, utara
o    Buku itu di atas meja.
o    Di hadapan rumah saya ada sederet rumah kedai.
o    Dari luar rumah lagi kedengaran suara adik menangis.
o    Matahari terbit dari timur.
o    Pondok itu terletak di antara dua petak sawah padi.
o    Susun kerusi-kerusi itu di penjuru dewan sekolah.
o    Si Comel tidur di bawah meja.
o    Meja itu dialihkannya ke tepi dinding.
o    Setiap kali Pak Tam keluar berburu, senapang patah itu sentiasa di sampingnya.


Kata Nama Khas
  1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
  2. Benda-benda yang bernyawa ialah namamanusia dan nama binatang.
Manusia
Binatang
Anis
Jalak (ayam)
Lai Meng
Putih (arnab)
Ravin
Tompok (kucing)
  1. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah namatempat, judulbuku, nama bangunan, dan sebagainya.
Tempat
Judul Buku
Sibu (bandar)
Kamus Peribahasa Melayu (buku)
Melaka (negeri)
Korea (negara)
Salina (novel)
  1.  
Bangunan
Benda
Hentian Putra
(perhentian bas)
Canon (kamera)
Menara Telekom
(pejabat)
Dell (komputer)
Proton Waja (kereta)
  1.  
  2. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah namatempat, judulbuku, nama bangunan, dan sebagainya.
Tempat
Judul Buku
Sibu (bandar)
Kamus Peribahasa Melayu (buku)
Melaka (negeri)
Korea (negara)
Salina (novel)
  1.  
Bangunan
Benda
Hentian Putra
(perhentian bas)
Canon (kamera)
Menara Telekom
(pejabat)
Dell (komputer)
Proton Waja (kereta)
  1.  
  2. Kata nama khas mestilah ditulis dengan hurufbesar pada hurufpertamanya





Kata Ganti Nama
  1. Kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti.
  2. Kata ganti nama terbahagi kepada:
    1. kata ganti diri;
    2. kata ganti tanya;
    3. kata ganti tempat;
    4. kata ganti tunjuk;
    5. kata ganti tak tentu.
Kata Ganti Diri
  1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
  2. Kata ganti diri terbahagi kepada:
    1. kata ganti diri pertama;
    2. kata ganti diri kedua;
    3. kata ganti diri ketiga;
    4. kata ganti diri singkat.
  3. Antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa makna tunggal (yakni satu) dan ada yang membawa makna jamak (yakni lebih daripada satu).
Kata Ganti Diri Pertama
  1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
  2. Kata ganti diri pertama terbahagi kepada bentuk tunggal dan bentuk jamak.
  3. Kata ganti diri pertama bentuk tunggal ialah kata yang merujuk kepada diri sendiri. Lihat jadual yang berikut:
Kata Ganti
Diri Pertama
Penggunaannya
Ayat Contoh
aku
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
o    Aku pernah tinggal di kampung ini semasa kecil dulu.
o    Hanya pada-Mu aku berserah, ya Tuhanku.
beta
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
o    Beta mahu semua rakyat di negeri ini hidup bersatu padu.
o    "Beta akan berangkat ke luar negara esok," titah Sultan Perak.
hamba
merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu
o    Hamba hanyalah seorang musafir.
o    Berikanlah hamba barang sedikit makanan untuk mengalas perut.
patik
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
o    Ampun tuanku, patik tidak bersalah.
o    Titah perintah tuanku akan segera patik laksanakan.
saya
digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal atau orang lain pada umumnya
o    Saya dan Janet hendak ke sekolah.
o    Abang saya seorang doktor.

  1. Kata yang merujuk kepada diri sendiri bersama-sama dengan orang lain ialah kata ganti diri pertama bentuk jamak. Lihat jadual yang berikut:
Kata Ganti
Diri Pertama
Penggunaannya
Ayat Contoh
kami
merujuk kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
o    Kami tidak tahu-menahu tentang perkara itu.
o    Cikgu, biarlah kami yang mengemaskan bilik sukan ini.
kita
sebagai ganti diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap
o    Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia.
o    Marilah kita bersatu padu demi keamanan negara kita.

Komen Munsyi Bahasa
5.     Jangan gunakan aku dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan surat menyurat rasmi. Misalnya:
Dengan ini, aku merasmikan Temasya Sukan Sekolah kali yang ke-6 ini. (
)
Dengan ini, saya merasmikan Temasya Sukan Sekolah kali yang ke-6 ini. (
)

6.     Elakkan juga penggunaan aku apabila bercakap dengan:
a.     seseorang yang belum mesra dengan anda. Misalnya:
Nama aku Shamir.Nama kamu siapa? (
)
Nama saya Shamir. Nama kamu siapa? (
)
b.    seseorang yang lebih tua umurnya daripada anda. Misalnya:
"Aku hendak ke tandas," kata Joshua kepada Cikgu Mira. (
)
"Saya hendak ke tandas," kata Joshua kepada Cikgu Mira. (
)
c.     seseorang yang perlu dihormati. Misalnya:
Kata Kasim, "Mak, aku memohon maaf atas kekasaranku." (
)
Kata Kasim, "Mak, saya memohon maaf atas kekasaran saya." (
)

7.     Saya tidak boleh digunakan oleh anggota keluarga untuk bercakap dengan anggota keluarga yang lain yang lebih muda daripadanya.
"Sampaikan salam saya kepada nenek dan datuk apabila tiba di sana nanti," kata Puan Lina kepada anaknya. (
)
"Sampaikan salam ibu/emak kepada nenek dan datuk apabila tiba di sana nanti," kata Puan Lina kepada anaknya. (
)

8.     Jangan gunakan kami atau kita bersama-sama semua, contohnya kami semua atau kita semua. Hal ini demikian kerana kami dan kita sudah membawa maksud jamak dan tidak perlu dijamakkan lagi dengan penggunaan semua.

Kata Ganti Diri Kedua
  1. Kata ganti diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
  2. Kata ganti diri kedua terbahagi kepada bentuk tunggal dan bentuk jamak.
  3. Yang berikut merupakan kata ganti diri kedua bentuk tunggal.
Kata Ganti
Diri Kedua
Penggunaannya
Ayat Contoh
anda
merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengan dia
o    Sekiranya anda berminat, hantarlah borang penyertaan ke alamat yang
dinyatakan.
awak
untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita
o    "Jika tiada aral, saya akan ke rumah awak esok," kata Adi kepada Imran.
o    "Bila awak hendak datang ke sini lagi?" tanya Aina kepada Dila.
engkau
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita atau dengan Tuhan
o    "Bilakah engkauakan bertolak ke sana?" tanya Ida kepada kawannya.
o    Ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku berserah segalanya.
kamu
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, misalnya rakan sebaya
o    "Kamu akan berjaya jika rajin berusaha," kata Ganesh kepada kawan baiknya itu.
o    "Wah, cantiknya kamu hari ini, Alia!" kata kakaknya.
tuanku
digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja
o    "Sudahkah tuanku fikirkan hal ini semasak-masaknya?" tanya bendahara kepada sultan.

  1. Bentuk jamak bagi kata ganti diri kedua ialah kalian.
Kata Ganti
Diri Kedua
Penggunaannya
Ayat Contoh
kalian
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
o    "Kalian pergilah dulu. Aku akan menyusul kemudian," kata Bazlan kepada kawan-kawannya.
o    "Ke mana kalian akan pergi pada cuti sekolah nanti?" tanya Firhad kepada Rajan dan Albert.

  1. Kata ganti diri kedua kamu boleh digunakan untuk bentuk tunggal dan jamak.
Komen Munsyi Bahasa
1.     Kata ganti diri kedua awak dan engkau tidak boleh digunakan untuk orang yang dihormati atau orang yang lebih tua umurnya.
Contohnya
a.     "Apa yang awak masak hari ini?" tanya Siti kepada emaknya. ()
"Apa yang emak masak hari ini?" tanya Siti kepada emaknya. (
)
b.    "Kerja rumah yang engkau berikan sudah saya siapkan," kata Gopal kepada Cikgu Zakuan. ()
"Kerja rumah yang cikgu berikan sudah saya siapkan," kata Gopal kepada Cikgu Zakuan. (
)
2.     Supaya lebih berbudi bahasa, sebutlah nama rakan-rakan sebaya yang dilawan bercakap itu sebagai ganti kata awak, engkau, dan kamu.
Misalnya:
Aidil sedang berbuat apa? dan bukan Awak sedang berbuat apa, Aidil?
3.     Kata bilangan boleh digunakan sesudah awak, anda, engkau, dan kamu sekiranya orang yang dilawan bercakap itu lebih daripada seorang.
Misalnya:
awakberdua, kamubertiga, andasekalian, engkausemua
4.     Huruf awal pada kata engkau yang merujuk kepada Tuhan hendaklah ditulis dengan huruf besar.





Kata Ganti Diri Ketiga
  1. Kata ganti diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.
  2. Kata ganti diri ketiga terbahagi kepada bentuk tunggal dan bentuk jamak.
  3. Yang berikut merupakan kata ganti diri ketiga bentuk tunggal.
Kata Ganti
Diri Ketiga
Penggunaannya
Ayat Contoh
baginda
untuk raja dan sultan
o    Sultan Kedah disayangi oleh rakyat kerana baginda seorang yang adil.
o    Baginda berkenan menyampaikan sumbangan derma kepada anakanak yatim itu.
beliau
untuk diri orang ketiga yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainya
o    Beliaulah bekas guru saya yang telah menjadi wakil rakyat kini.
o    Ayah saya tidak dapat datang kerana beliau sedang berkursus di luar daerah.
dia
dan
ia
untuk diri orang ketiga yang umum seperti orang biasa dan rakan sebaya
o    Dialah jiran baru saya yang berpindah ke sini seminggu yang lalu.
o    Marina tidak hadir ke sekolah hari ini kerana ia demam.

  1. Bentuk jamak bagi kata ganti diri ketiga ialah mereka.
Kata Ganti
Diri Ketiga
Penggunaannya
Ayat Contoh
mereka
digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang
o    Mereka bekerja bertungkus lumus untuk menjayakan program itu.
o    Budin dan Amin didenda berdiri di depan kelas kerana tidak menyiapkan kerja rumah mereka.



Komen Munsyi Bahasa
3.     Jangan gunakan kata beliau untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang.
Contohnya
a.     Pembunuh itu telah ditangkap oleh polis. Beliauakan dihadap ke mahkamah. ()
Pembunuh itu telah ditangkap oleh polis. Ia (atau Dia) akan dihadap ke mahkamah. (
)
b.    Kucing ini sangat manja. Beliau suka menggeselkan kepalanya pada kaki tuannya. ()
Kucing ini sangat manja. Kucing ini suka menggeselkan kepalanya pada kaki tuannya. (
)
4.     Jangan gunakan kata dia, ia, dan mereka untuk benda dan binatang.
Contohnya
a.     Lampu antik ini mahal. Ia diimport dari China. ()
Lampu antik ini mahal. Lampu antik ini diimport dari China. (
)
b.    Kucing kesayangan adik sakit. Ia (atau Dia) dibawa ke klinik haiwan. ()
Kucing kesayangan adik sakit, maka dibawa ke klinik haiwan. (
)
c.     Kotak-kotak ini besar dan berat. Mereka tidak terangkat oleh saya. ()
Kotak-kotak ini besar dan berat, tidak terangkat oleh saya. (
5.     Kata ia tidak boleh bertugas sebagai penerang kata nama.
Contohnya
a.     Ayah ia sudah meninggal. ()
Ayahnya sudah meninggal. (
)
6.     Elakkan penggunaan kata ia dan nya bersama-sama kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama.
Contohnya
Suria tidak dapat hadir kerana ianya sakit. (
)
Suria tidak dapat hadir kerana ia sakit. (
).
7.     Jangan gandakan atau ulang kata mereka menjadi mereka-mereka, kerana kata mereka sudah bermakna jamak atau lebih daripada seorang.
Contohnya
a.     Mereka-mereka itu rakan sekelas saya. ()
Mereka itu rakan sekelas saya. (
)
b.    Hujan turun dengan lebatnya, oleh sebab itu mereka-mereka tidak dapat bermain bola. ()
Hujan turun dengan lebatnya, oleh sebab itu mereka tidak dapat bermain bola. (
)

Kata Ganti Diri Singkat
  1. Kata ganti diri dapat disingkatkanseperti yang berikut:
    1. aku menjadi ku
    2. engkau menjadi kau
    3. kamu menjadi mu
    4. dia atau ia menjadi nya
  2. Apabila ditulis, kata ganti diri singkat ini hendaklah dicantumkan dengan kata lain yang menyertainya seolah-olah sebagai imbuhan.
  3. Kata ganti diri singkat mempunyai makna yang sama dengan kata ganti diri penuh.
Kata Ganti
Diri Singkat
Penggunaannya
Ayat Contoh
kau
diletakkan di awal kata saja sebagai awalan
o    Bunga yang kaugubah itu sungguh cantik.
o    Baju yang kaupakai itu agak besar.
ku
diletakkan di awal kata sebagai awalan dan di akhir kata sebagai akhiran
o    Buku di atas meja itu telah kuambil.
o    Rumahku tidak jauh dari sekolah.
mu
diletakkan di akhir kata saja sebagai akhiran
o    Yang itukah rumahmu?
o    Aku maafkan kesilapanmu itu.
nya
diletakkan di akhir kata saja sebagai akhiran
o    Bajunya kotor kerana tertumpah kuah.
o    Pesanannya telah kusampaikan kepada abang.

Komen Munsyi Bahasa
9.     Kata ganti diri singkat tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh.
Contohnya
a.     Kau hendak ke mana?()
Engkau hendak ke mana? (
)
b.    Kuakan pergi ke sana esok. ()
Akuakan pergi ke sana esok. (
)

10.  Kata mu dan nya yang digunakan untuk mengganti nama Tuhan mesti ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu serta diberi tanda sempang.
Contohnya
a.     Berikanlah hidayatmu kepadaku, ya Tuhan. ()
Berikanlah hidayat-Mu kepadaku, ya Tuhan.(
)
b.    Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.()
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. (
)

sumber :http://www.scribd.com/doc/154854287/bm-Kata-Nama-Am


Tiada ulasan:

Catat Ulasan