Kata Ganti Tanya, Kata
Ganti Tempat, Kata Ganti Tunjuk, Kata Ganti Tak Tentu
Kata Ganti Tak Tentu
- Kata
ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang
secara tidak tentu.
- Contoh
kata ganti tak tentu seperti dalam jadual yang berikut:
Kata Ganti
Tak Tentu |
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
apa-apa
|
digunakan
untuk benda atau hal yang tidak tentu
|
o Tidak
ada apa-apa di bawah tudung saji ini.
o Saya
tidak mahu berkata apa-apa dalam hal ini.
|
mana-mana
|
digunakan
untuk benda atau tempat yang tidak tentu
|
o Saya
tidak ke mana-mana pada cuti sekolah ini.
o Mana-manapun
berguna bagiku.
o Kita
tidak dapat pergi ke mana-mana selagi hujan tidak berhenti.
o Mana-mana yang
baik, jadikanlah teladan.
|
siapa-siapa
atau sesiapa |
digunakan
untuk menggantikan orang yang tidak tentu
|
o Saya
tidak memberitahu siapa-siapa pun tentang hal ini.
o Sesiapa yang
melanggar peraturan akan dikenakan tindakan.
|
Komen
Munsyi Bahasa
Kata
ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa
tidak boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa.
Contohnya
i.
Apa yang kamu dengar itu tidak
benar. (✘)
Apa-apa yang kamu dengar itu tidak benar. (✓)
j.
Siapa pun
tidak dibenarkan memancing di sini. (✘)
Siapa-siapa (Sesiapa) pun tidak dibenarkan memancing di sini. (✓)
k.
Mana
pakaian kamu yang kotor, masukkan ke dalam bakul itu. (✘)
Mana-mana pakaian kamu yang kotor, masukkan ke dalam bakul itu. (✓) |
Kata Ganti Tanya
- Kata
ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
- Kata
ganti tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda,
tempat, dan bilangan. Lihat jadual yang berikut:
Kata Ganti
Tanya |
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
apa
|
untuk
menanyakan nama benda atau binatang
|
o Apakah
yang ada di dalam kotak itu?
o Nama
anak kucing kamu apa?
|
mana
|
untuk
menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat
|
o Kamu
dari mana?
o Manakah
bukuku yang kaupinjam tadi?
|
siapa
|
untuk
menanyakan orang atau nama orang
|
o Nama
pelajar baru itu siapa?
o Siapakah
lelaki yang datang tadi?
|
Komen
Munsyi Bahasa
7.
Kata apa tidak boleh
digunakan untuk menanyakan nama manusia.
Contohnya Nama adik kamu apa? (✘) Nama adik kamu siapa? (✓)
8.
Kata siapa tidak boleh
digunakan untuk menanyakan nama binatang.
Contohnya Nama kucing kamu siapa? (✘) Nama kucing kamu apa? (✓)
9.
Jika kata apa, mana,
dan siapa dikedepankan dalam ayat, kata-kata itu mestilah disertai
partikel -kah.
Contohnya
a. Apakahnama
benda itu?
b. Manakah
kereta baru kamu?
c. Siapakah
guru Bahasa Malaysia awak?
|
Kata Ganti Tempat
- Kata
ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama tempat.
- Contoh
kata ganti tempat seperti dalam jadual yang berikut:
Kata Ganti Tempat
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
sana
|
bagi
tempat yang dianggap jauh dan tidak kelihatan
|
o Rumah
Tuk Penghulu letaknya di hujung jalan sana.
o Jika
tiada aral, kami akan pergi ke sana esok.
|
sini
|
bagi
tempat yang dekat dengan orang yang bercakap
|
o Dia
pasti akan datang ke sini lagi.
o Letakkan
kotak-kotak itu di sini.
|
situ
|
bagi
tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana dan masih kelihatan
|
o Semua
peserta dikehendaki berkumpul di situ.
o "Saya
telah letakkan buku itu di situ sebentar tadi," kata Rama.
|
Kata Ganti Tunjuk
- Kata
ganti tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau
seseorang.
- Kata
ganti tunjuk ada dua saja, iaitu itu dan ini.
- Fungsi
kata ganti tunjuk ialah sebagai:
- subjek dan letaknya di depan kata
nama.
Contohnya - Ini rumah saya.
- Itu kereta ayah saya.
- penentu dan letaknya di belakang
kata nama.
Contohnya - Sing Ying tinggal di rumah itu.
- Yang berbaju biru itu kakak sulung
saya.
Komen
Munsyi Bahasa
Kata
ganti tunjuk itu dan ini sebagai penentu tidak boleh diletakkan
di depan kata nama.
Contohnya
c. Itu pekan
tidak jauh dari sini. (✘)
Pekan itu tidak jauh dari sini. (✓)
d. Ini buku
sangat tebal. (✘)
Buku ini sangat tebal. (✓) |
Kata Bilangan
Kata Bilangan
- Kata
bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
- Kata
bilangan boleh terdiri daripada kataasal dan kataterbitan.
- Kata
bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
- kata bilangan tentu;
- kata bilangan tak tentu;
- kata bilangan pecahan;
- kata bilangan pisahan;
- kata bilangan himpunan;
- kata bilangan tingkat; dan
- kata bilangan tanya.
- Yang
berikut ialah jenis kata bilangan, contoh kata bilangan, dan ayat
contohnya.
Jenis Kata
Bilangan |
Contohnya
|
Ayat Contoh
|
kata
bilangan tentu
|
satu,
dua, tiga, sepuluh, dua ratus, tiga ratus lima puluh, lima ribu, tiga puluh
juta, dan seterusnya
|
o Dua ekor
kambing Pak Mat telah dibaham harimau semalam.
o Duaratus orang
peserta mengikuti Program Latihan Khidmat Negara itu.
|
kata
bilangan tak tentu
|
beberapa,
beberapa banyak, para, segala, sekalian, seluruh, semua, sesuatu,
setengah-setengah, dan sebagainya
|
o Intan
berpuas hati dengan segala persiapan untuk perkahwinannya.
o Setengah-setengah ibu
bapa tidak mengambil berat akan pelajaran anak-anak mereka.
|
kata
bilangan pecahan
|
setengah,
suku, dua pertiga, tiga perempat, separuh, dan seterusnya
|
o Adik
makan suku daripada kek itu.
o Duapertiga
daripada wang simpanan ayah digunakan untuk memperbesar perniagaannya.
|
kata
bilangan pisahan
|
masing-masing,
setiap, dan tiap-tiap
|
o Masing-masing
pekerja sedang sibuk membuat kerja sendiri.
o Tiap-tiap hari
saya membawa bekal dari rumah.
|
kata
bilangan himpunan
|
berabad-abad,
berbagaibagai, berbulan-bulan, berjenis-jenis, berpuluhpuluh, kedua-dua,
ketigatiga, pelbagai, puluhan, ribuan, dan sebagainya
|
o Kedua-dua orang
pelajar nakal itu didenda oleh guru disiplin.
o Pelbagai jenis
binatang terdapat di Zoo Negara.
|
kata
bilangan tingkat
|
pertama,
kedua, ketiga, dan seterusnya
|
o Kes
rompakan itu adalah yang pertama berlaku di kawasan ini.
o Aina
hanya berjaya menduduki tempat kedua dalam acara larian itu.
|
kata bilangan
tanya
|
berapa
|
o Adik-beradik
awak ada berapa orang?
o Sesikat
pisang ini harganya berapa ?
|
Komen
Munsyi Bahasa
15. Ada
beberapa kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya.
Contohnya
a. Berbagai jenis
barang kraf tangan dijual dalam pameran itu. (✘)
Berbagai-bagai (atau Pelbagai) jenis barang kraf tangan dijual dalam pameran itu. (✓)
b. Setengah orang
gemar melancong di luar negara. (✘)
Setengah-setengah (atau Sesetengah) orang gemar melancong di luar negara. (✓)
c. Tiap anak
harus menghormati ibu bapanya. (✘)
Tiap-tiap (atau Setiap) anak harus menghormati ibu bapanya. (✓)
d. Kedua orang
perompak itu telah ditangkap polis. (✘)
Kedua-dua orang perompak itu telah ditangkap polis. (✓)
e. Sudah bertahun
datuk menderita sakit kencing manis. (✘)
Sudah bertahun-tahun datuk menderita sakit kencing manis. (✓)
16. Kata
bilangan para tidak boleh diulang atau digandakan menjadi para-para.
Hal ini demikian kerana maksudnya berlainan, iaitu para bererti semua
manakala para-para bererti rak.
Contohnya Para-para pelajar harus mematuhi peraturan sekolah. (✘) Para pelajar harus mematuhi peraturan sekolah. (✓)
17. Kata
nama am yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa maksud jamak
tidak
18. boleh
diulang atau digandakan.
Contohnya
a. semua
pelajar-pelajar (✘)
semua pelajar (✓)
b. para
guru-guru (✘)
para guru (✓) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan